Untuk ibu selepas bersalin: khasiat serai wangi

Assalamualaikum…
Hari ni nak bercerita tentang satu lagi khasiat herba yang biasa sangat kita dengar, iaitu serai wangi. Sebenarnya, saya bukanlah pakar bab herba2. Saya Cuma mencari info dan post kan kat sini. 
Mandian menggunakan daun herba selepas bersalin sangat2 popular di kalangan orang melayu kita. kalau di Kelantan mandi akar kayu herba ni di panggil mandi teresat. Sampai sekarang pun, generasi2 muda masih mengamalkannya. Tahukah anda kandungan utama mandian herba selepas bersalin ni adalah serai wangi. Sebabnya serai wangi dan aroma bau yang terkandung di dalamnya membawa banyak khasiat.
 Khasiat Serai Wangi
Dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusan serai wangi dan dicampur gandarusa serta daun sirih sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan.  
herba yang digunakan untuk wanita selepas bersalin
Serai Wangi juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut.  Di beberapa negara, serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya. 
Antara khasiatnya yang lain adalah:
-Menghilangkan bau hanyir dan bau badan selepas bersalin
– Menyegarkan badan yang rasa sakit-sakit
-Aroma daun tu bila di rebus umpama terapi dan menghilangkan rasa stress.
-Memanaskan badan yang rasa sejuk-sejuk.
 Masalahnya?
Serai wangi mana nak cari! Terutama kat bandar2 memang susah kita nak cari kan. Jadi, terpaksalah kita beli mandian herba yang dah dikeringkan. Saya dah beli 2 jenis mandian herba yang dikeringkan, kedua2nya tidak memberikan aroma serai wangi yang berkhasiat itu. Yela, bile dah dikeringkan lama2 kan.
Penyelesaiannya?

Ini dia pati serai wangi yang senang digunakan dimana2 dan pada bila2 masa. Hanya campurkan pada air mandian anda. Kalau yang ada tab lagi bes boleh berendam. Ni baru betul2 rasa fresh. Cubalah titikkan 15-20 titik. Memang bes.

UNTUK CARA2 ORDER, KLIK SINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *