Pelbagai teknik mencuci rambut

 

Setiap individu adalah berlainan. Terdapat pelbagai produk dan teknik penjagaan rambut yang diperkenalkan.  Ia memerlukan kesabaran dan keinginan untuk kita memahami  apa yang sesuai untuk rambut kita. Bila bercakap pasal cleanser untuk rambut, ada pelbagai kategori sebenarnya.

 

Pertama, shampoo!

Shampoo adalah pembersih rambut yang paling popular. Kandungan nya pelbagai. Dikatakan kandungan sulfate didalamnya menyebabkan rambut kering terutamanya untuk yang berambut kerinting. Rambut kerinting sangat cenderung untuk jadi kering.

cara shampoo yang betul

Kedua, co-wash

Co-wash sebenarnya singkatan dari ”conditioner-wash” bermaksud kita skip shampoo terus dan basuh rambut hanya menggunakan conditioner. Conditioner yang dicadangkan adalah “cleansing conditioner”. Dikatakan cara ini lebih lembut untuk rambut kerinting kerana ianya memelihara minyak semulajadi pada rambut. tetapi keburukannya, kena pilih yg betul2 sesuai kerana walaupun lembap ia boleh membuat kegatalan pada kulit kepala (perlu tahu teknik yang betul)

Selain dari dua pembersih tersebut, terdapat banyak lagi kategori seperti “clay”“diluted castle soap” dan bermacam2 lagi. Terpulang pada anda untuk memilih yang mana. Anda perlu peka dan sabar untuk mencari yang terbaik.
Tapi kalau rasa takda masa nak fikir, boleh ikut cadangan kami.

Cadangan kami

Bagi kami, shampoo juga perlu untuk membuang kotoran dan daki yang terlekat. Tetapi penggunaannya perlu dihadkan. Serta pilihlah shampoo yang lembut yang biasanya ditulis “sulfate-free” dan sebagainya. Penggunaan yang dicadangkan adalah sekali seminggu. Contohnya hari jumaat sahaja.

Selain dari hari jumaat(contohnya), anda boleh membasuh rambut anda hanya dengan menggunakan air sahaja. Pada bilasan terakhir boleh juga isikan gayung dgn air suam yang dititiskan minyak essential. Itu saja.

 

Pati Serai Wangi

Boleh guna produk di atas yg mengandungi minyak essential  serai wangi dan minyak kayu putih. Selain mempunyai khasiat yg sangat bagus, ia juga mempunyai khasiat aromatherapy iaitu menenangkan. Baik untuk hilangkan stress dan macam2 lagi. Boleh google sendiri untuk maklumat lanjut.

 

Jangan risau, rambut anda tidak akan berbau hapak bila sapu vegourz hair tonic lepastu kerana produk kami mengandungi antibakteria semulajadi yang tidak menyebabkan bau hapak walaupun rambut anda basah atau anda bertudung seharian. Kalau ada apa-apa persoalan boleh Whatsapp kami di 016-6111543..

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *