Mengapa memakai minyak pada rambut adalah WAJIB untuk dapatkan rambut yang cantik dan sihat.

JIKA anda mahu dapatkan rambut yang cantik dan sihat, minyak antara sumber penting yang perlu ada. Barangkali ramai yang ragu-ragu atau ‘geli’ menggunakan minyak pada rambut, tetapi berzaman lamanya, minyak memiliki banyak manfaat kepada mahkota penting buat wanita mahupun lelaki itu.

 

Membasuh rambut dan menyapu minyak antara langkah perlu bagi membantu mengekalkan kesihatan serta kecantikan rambut secara semula jadi.

 

Terdapat pelbagai jenis minyak di pasaran menjelaskan manfaat setiap jenis minyak terbabit. Apa pun sebelum memilih untuk membeli jenis minyak diinginkan, pastikan anda membuat pemeriksaan terhadap syarikat yang menjualnya serta khasiat yang ditawarkan.

Memiliki minyak yang baik untuk rambut bagaimanapun masih belum mencukupi kerana ia juga harus disusuli dengan mengamalkan pengambilan makanan berkhasiat.
Elakkan mengambil makanan ringan, makanan di dalam tin atau makanan diproses kerana ia tidak membantu dalam melindungi rambut daripada kerosakan.
Untuk mendapatkan rambut yang cantik dan kuat, antara langkah boleh dilakukan adalah mengurut kulit kepala dengan minyak dan biarkan semalaman. Kemudian, gunakan tuala yang distim untuk menutup rambut selama setengah jam bagi melihat hasil yang baik.

Amalan langkah terbabit juga dapat membantu memiliki rambut berkilat dan berkilau dengan penjagaan rapi setiap hari.

Mungkin memakai minyak rambut setiap hari dianggap sukar oleh sesetengah individu. Jika anda mengalami situasi berkenaan, cuba lakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk memiliki rambut cantik.

Namun, ia tidak meninggalkan perbezaan ketara pada rambut dan seharusnya perlu diikuti dengan langkah mengurut bagi merangsang peredaran darah pada kulit kepala.

Minyak rambut yang dipakai bukan saja membantu melindungi rambut daripada sinaran ultraungu (UV) yang kuat dan panas, malah ia juga memberikan rambut tampak bersinar.

Sesetengah minyak yang popular dan mempunyai banyak khasiat sesuai digunakan untuk kecantikan rambut dengan kebaikan kualitinya.

Menggunakan minyak atau tidak pada rambut sering menjadi persoalan. Tradisi menunjukkan urutan menggunakan minyak sebenarnya dapat memberi manfaat terhadap kesihatan rambut.

Lantas tidak hairan sehingga ke hari ini, penggunaan minyak pada rambut masih dijadikan rejim penjagaan harian oleh sesetengah wanita misalnya masyarakat India.

Menurut pakar kulit kepala dan rambut, Dr Apoorva Shah, urutan menggunakan minyak membantu untuk merangsang pertumbuhan rambut kerana amalan itu dapat melancarkan peredaran darah sehingga ke bahagian akarnya.

Katanya, menggunakan minyak rambut yang berkhasiat tinggi boleh membantu mengurangkan masalah kulit kepala seperti kelemumur, alopecia dan kegatalan.

“Ia terkenal dengan lembapan dan minyak juga bermanfaat dalam menenangkan kulit kepala serta mengurangkan masalah hujung rambut bercabang.

“Kebanyakan pakar dalam penjagaan rambut bersetuju bahawa apa saja tekstur rambut yang dimiliki, ia memerlukan teknik urutan menggunakan sedikit minyak sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan kulit kepala dalam keadaan baik,” tambahnya mengenai kebaikan penggunaan minyak yang perlu dilakukan sebagai rejim penjagaan rambut bagi mengekalkan kesihatannya.

Jelasnya, bagi mereka yang mempunyai kulit kepala normal, minyak kelapa pilihan yang baik untuk digunakan pada bahagian rambut.

Ahli estetik dan kesihatan rambut serta kulit kepala, Dr Blossom Kocchar berkata, minyak rambut perlu digunakan dengan cara yang betul dalam usaha mendapatkan manfaatnya secara maksimum.

Menggunakan minyak untuk mengurut kulit kepala membantu merangsang dan mengaktifkan folikel rambut bagi menggalakkan pertumbuhannya yang lebih baik.

 

Untuk dapatkan minyak rambut yang berkualiti dan yang mempunyai khasiat yang tinggi itu, sila klik di sini.

KLIK LINK INI UNTUK WHATSAPP TERUS TANPA PERLU SAVE NOMBOR:

http://GardenHerbsShop.wasap.my

Atau hubungi 016-6111543 untuk maklumat lanjut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *