Cara Memulihkan Rambut Rosak Akibat Rebonding..

 

Proses kimia yang terlibat semasa rebonding memberi kesan kepada tekstur dan kualiti rambut. Penggunaan bahan kimia yang berlebihan menjadikan rambut kering, lemah dan bakal mencetuskan pelbagai masalah termasuk keguguran rambut.

Rambut selepas rebonding memerlukan penjagaan yang betul. Jika tidak, ianya boleh membahayakan. Jika anda mengalami keguguran rambut yang tidak normal, anda mesti mengelakkan dari melakukan apa-apa perawatan rambut  yang melibatkan bahan kimia termasuk rebonding.

Bahan kimia yang murah, hair stylist yang tidak berpengalaman dan rambut yang sudah sedia lemah boleh menjadikan pengalaman yang buruk buat anda.

Kesan buruk teknik rebonding.

 

Rambut rebonding boleh membawa bencana kepada anda jika anda tidak menjaganya dengan betul. Sebenarnya, rambut selepas rebonding memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Anda sesekali tidak boleh mengabaikan rambut anda hanya kerana ia dah nampak lurus dan berkilau.

Rebonding yang dilakukan oleh salon yang ada reputasi dan boleh dipercayai selalunya kekal lama dan rambut juga kurang rosak (kurang bukan tidak rosak). Berbincanglah tentang keadaan rambut anda dan perawatan yang sesuai sebelum melakukan rebonding tersebut.

 

Berikut merupakan perkara-perkara yang penting untuk dilakukan jika anda pernah melakukan rebonding pada rambut anda:

 

  1. Menggunakan shampoo yang sesuai untuk rambut lurus selepas rebonding
  1. Menggunakan conditioner setiap kali semasa mencuci rambut. Sapu pada hujung saja. Jangan sesekali kenakan conditioner pada kulit kepala
  2. Selepas mengeringkan rambut menggunakan tuala, sapukan tonik atau minyak rambut yang bersesuaian. Untuk rambut asia, tonik yang paling terbaik adalah yang berasaskan minyak kelapa kerana ia bukan saja mengunci kelembapan rambut anda, malah molekulnya yang kecil akan meresap hingga ke akar rambut lalu membantu memulihkan rabut yang rosak teruk akibat rebonding.( Jenama tonik rambut yang mempunyai semua ciri bagi memulihkan rambut rosak akibat rebonding)
  1. Melakukan perawatan minyak panas sekali seminggu bagi meningkatkan pengaliran darah pada kulit kepala serta merawat kerosakan rambut. Pada suhu yang sedikit tinggi, ia dapat menyerap ke dalam rambut dengan lebih dalam. Minyak yang paling sesuai adalah yang mengandungi 100% minyak kelapa dara berkualiti premium. (Vegourz extra virgin coconut oil)
  1. Makan makanan yang seimbang. Masukkan kekacang dan tauge dalam diet anda.

 

Rujukan: https://www.quora.com/How-do-I-get-my-natural-hairs-back-after-rebounding

 

Untuk sebarang pertanyaan boleh Whatsapp : 016-6111543

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *