Book review: The Coconut Oil Miracle

 

Book review: the coconut oil miracle

Setelah beberapa purnama, tamatlah pembacaan saya tentang buku ini. Buku ini ditulis oleh Dr Bruce Fife seorang pakar nutrisi yang diiktiraf di Amerika Syarikat. Buku ni memang wow  bagi saya. Banyak keajaiban yang dirungkaikan. Terlalu banyak yang ingin ditulis tapi saya tulis apa yang saya ingat jelah ya.

Secara ringkasnya, buku ini memberi penerangan tentang minyak kelapa yang membantu

  • Mengurangkan berat badan
  • Membantu mencegah penyakit jantung, kanser, diabetes, arthritis, alzheimer’s, dan penyakit degenerative yang lain
  • Membaikpulih sistem penghadaman
  • Mencegah penuaan kulit pramatang
  • Mencantikkan kulit dan rambut

Ok, masih ingatkah anda dahulu kita di tipu tentang minyak dan santan kelapa? Kononnya ia tidak sihat kerana mengandungi kandungan minyak tepu yang tinggi. Sebenarnya, itu semua propaganda untuk menaikkan industry minyak sayuran seperti jagung dan soya. Propaganda ini diceritakan sendiri oleh Dr Fife sendiri yang merupakan anak jati US.

Minyak kelapa sememangnya minyak yang sangat tepu. Ia mengandungi 92% lemak tepu! Paling banyak kandungan lemak tepu berbanding minyak lain termasuk lah lemak binatang.

Antara tujuan Dr Fife menulis buku ini adalah untuk mengajarkan berkenaan dengan lemak tepu. Ramai yang tak faham tentang ciri lemak ini termasuk para pengkaji sendiri. Betapa lemak tepu dalam minyak kelapa adalah yang terbaik. Lebih baik dari lemak poli tak tepu yang banyak terdapat dalam minyak sayuran yang lain. Semua yang di bagitahu adalah berdasarkan dari kajian2 ilmiah yang dilampirkan pada bahagian belakang buku ini.

Minyak kelapa  mengandungi 3 asid lemak rantaian sederhana iaitui asid laurik, asid caprylic dan asid capric. Asid2 lemak ini sangat berguna untuk kesihatan manusia kerana ketepuannya yang tinggi.

Lemak tepu adalah baik kerana tidak mempunyai ikatan double-carbon lalu menyebabkan ia stabil dalam banyak keadaan. Minyak yang mengandungi lemak tak tepu mempunyai ikatan double carbon. Ikatan ini sangat lemah dan senang dipecahkan lalu membentuk rasikal bebas. Tau kan radikal bebas ni bahaya? Jadi, bila kita guna minyak tak tepu ni, ia senang teroksida dan boleh mengoksidakan makanan yang kita masak bersama minyak tersebut.

Minyak apa yang tak tepu? Banyak. Termasuklah minyak zaitun, jagung dsb. Kita boleh cek sendiri pada label minyak yang kita beli pada bahagian nutrition fact.

Dan bukanlah lemak poli tak tepu tu tak bagus langsung. Tapi dr fife kata ia hendaklah dara, tak ditapis dan cold pressed. Walaupun begitu ia masih boleh teroksida bila terkena cahaya matahari dan sebagainya.

e eh? Bukan ke buah zaitun tu makanan sunnah! Jagung kan berkhasiat!

emmm

Maksudnya begini, buah jagung bagus tapi dalam bentuk minyak ia kurang bagus

Buah zaitun bagus, tapi dalam bentuk minyak ia senang teroksida.

Buah soya bukanlah membahayakan, tapi bila jadi minyak ia tak stabil.

Gitu…

Wallahualam. Kalau salah tolong tunjukkan

Buku ini juga ada menyatakan yang penyumbang utama kepada masalah kesihatan pada manusia ialah

  1. Gula yang diproses
  2. Dan minyak sayuran yang teroksida

Minyak yang teroksida menghasilkan radikal bebas dan lalu menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

Minyak kelapa adalah yang terbaik berbanding minyak lain kerana ia langsung tidak meningkatkan tahap kolestrol atau menambah kelikatan darah (Fife menerangkan tentang ini secara terperinci)

Ciri kesihatan yang paling penting pada minyak kelapa ialah ia memberi faedah yang besar pada system kardiovascular manusia.

“Bila minyak kelapa dimakan, badan akan menukarkannya kepada asid2 lemak yang unik kepada antimikrob yang berkuasa membantu melawan pelbagai penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma”

Ciri minyak kelapa yang inik ialah ia merupakan antibakteria, antivirus, antikulat dan anti protozoa semulajadi.

Buku ini dikatakan buku yang terbaik untuk dibaca pada mereka yang masih ragu2 tentang minyak kelapa. Fakta2 dan idea yang diberikan Fife menyebabkan saya yakin dan teruja untuk memanfaatkan minyak kelapa sepenuhnya.

Buku ini juga menyediakan panduan lengkap dan menarik tentang cara penggunaan minyak kelapa sebagai makanan dan ubat. Fife juga tidak menyatakan sebarang tentangan terhadap ubatan moden malah menyatakan perubatan moden dan pemakanan yang betul adalah saling memerlukan.

Banyak lagi yang ingin dikongsikan tentang buku ini dilain masa.

Dannn,

Akhir sekali ingin saya mengesyorkan minyak kelapa yang terbaik untuk anda iaitu minyak kelapa dara VEGOURZ yang dara, tidak bertapis dan cold pressed. Gambar.

Serba sedikit tentang produk vegourz

  • Sentiasa fresh (segar)
  • Village scale production
  • Penghasilan yang teliti dari pemilihan buah hingga menjadi produk
  • Industri tempatan yang mendapat bantuan dan bimbingan dari FAMA

Apa-apa pertanyaan tentang produk dan cara penggunaan boleh ajukan pada kami.

PM atau Whatsapp di : 014-3131543 (www.wasap.my/60143131543)

Anda juga boleh melihat produk-produk lain dari kami yang berasaskan minyak kelapa dara di SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *